Monday, 14 January 2013

9 MIMPI RASULULLAH SAW PADA MALAM SEBELUM BAGINDA DI ISRAK KAN~




ASSALAMUALAIKUM...
alhamdulillah, syukur kita ke hadrat ALLAH SWT, atas segala nikmat kurnia-Nya yang terHITUNG nilainya. JOM perbanyakkan SELAWAT dan SALAM ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW yang merupakan QUDWAH kita atas pengorbanan baginda dalam memperjuangkan ISLAM sehingga pada hari ISLAM itu telah sampai kepada kita.. alhamdulillah..... cuba kita bayangkan sekiranya RASULULLAH SAW tidak menyebarkan ISLAM dengan bersungguh2 sudah tentu ISLAM itu tidak akan sampai kpd kita dan bahkan kepada nenek moyang kita juga pasti tidak dapat merasai nikmat ISLAM itu sendiri... nauzubillah.... seterusnya kepada para SAHABAT baginda, para tabi'in, tabi' tabi'in dan seterusnya kepada seluruh pejuang ISLAM yang tetap memperjuangkan ISLAM kini, dahulu dan selamanya....

jadi insyaALLAH pada kali ini rasa terpanggil untuk berkongsi serba sedikit ILMU ALLAH berkaitan dengan 9 mimpi RASULULLAH SAW  pada malam sebelum baginda di ISRA'KAN~ di mana sya merasakan begitu banyak pengajaran yang bole kita ambil dalam mimpi baginda RASULULLAH SAW ini dalam usaha kita untuk menjadi seorang mukmin yang hebat insyaALLAH...

~9 MIMPI RASULULLAH SAW PADA MALAM SEBELUM BAGINDA DI ISRAK KAN~

- Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra'kan......"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: 
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

~itu sahaja perkongsian kita pada malam ini, SELAMAT BERAMAL, BERAMAL KERANA ALLAH~


No comments:

Post a Comment